Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan Bil 1/2026

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Saipol Rahman bin Haji Amat, YB Dato’ Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Tuan Haji Mohd Khir Johari bin Saleh, Puan Norliyati binti Md Nor, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor serta barisan pengurusan kumpulan YPJ Holdings Sdn. Bhd.
 
Mesyuarat berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh aspek tadbir urus, pematuhan serta keberkesanan sistem kawalan dalaman organisasi.
 
Dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa telah meneliti perkara-perkara berkaitan audit dan pemeriksaan bagi memastikan setiap proses pengurusan dilaksanakan secara teratur, telus serta selaras dengan dasar, prosedur dan ketetapan yang berkuat kuasa.
 
Komitmen berterusan terhadap amalan tadbir urus yang baik menjadi antara elemen penting dalam memastikan pengurusan organisasi sentiasa dilaksanakan secara berintegriti, berakauntabiliti dan profesional.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*