Sektor Perladangan

Sektor perladangan merupakan aktiviti komersil utama YPJH. YPJ Plantations Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat YPJH yang bertanggungjawab menguruskan operasi perladangan. Syarikat ini mempunyai ladang yang berkeluasan sebanyak 36,441 ekar di Negeri Johor.

Pembangunan Hartanah

Aktiviti pembangunan hartanah yang dijalankan oleh YPJH terdapat di seluruh negeri Johor. Ia termasuk projek pembangunan secara usahasama atau pegangan ekuiti seperti di Taman Molek, Taman Yayasan, Segamat, Taman Tampoi Utama, Pangsapuri Persiaran Tanjung dan Kondominium Dwi Mahkota dan Pusat Perdagangan Pontian.

Sektor Pembinaan

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik khusus buat penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. YPJH melalui anak syarikatnya, YPJ Builders telah dipersetujukan untuk membangunkan projek ini. 

Berita Terkini

Himpunan berita semasa dan terkini.

Mesej Integriti bulan Ogos 2026

Integriti bermula apabila kita melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
Read More

Tahniah diucapkan kepada Puan Norliyati binti Md Nor atas pelantikan sebagai Pengurus Besar YAYASAN PELAJARAN JOHOR.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Norliyati binti Md Nor atas pelantikan sebagai Pengurus Besar YAYASAN PELAJARAN JOHOR.
Read More

Hentikan Buli, Buli Bukan Budaya Kita

YPJ Holdings Sdn. Bhd. menyatakan sokongan penuh terhadap kempen ‘Hentikan Buli, Buli Bukan Budaya Kita’. Kami menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku
Read More

Terima kasih dan selamat bersara kepada En Mustapha Kamal bin Abdul Rahman

Pihak syarikat merakamkan jutaan terima kasih kepada En Mustapha Kamal bin Abdul Rahman yang telah mencapai usia bersara wajib pada 27 Januari 2025,
Read More

Pautan Lain

Demi pendidikan anak-anak Johor