Integriti bermula apabila kita melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
Allah SWT sentiasa Maha Melihat. Seorang yang berintegriti berani bertanggungjawab atas setiap keputusan dan tidak menyalahkan orang lain atas kesilapannya.
JUJUR dalam setiap tindakan. AMANAH melaksanakan tugas dengan penuh kepercayaan. BERTANGGUNGJAWAB menerima setiap keputusan dengan lapang dada. IKHLAS kerana Allah, bukan kerana pujian manusia.
Jadilah insan yang berintegriti, kerana Allah sentiasa bersama dan melihat setiap yang kita lakukan. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat.