MESYUARAT JAWATANKUASA PELABURAN NO. 2/2026

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan No. 2/2026 yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor; Tuan Haji Lukman bin Abu Bakar; Encik Abdul Malik bin Haji Ismail; Tuan Haji Mohd Sukri bin Ismail; Tuan Haji Farizal bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd. serta barisan pengurusan kumpulan YPJ Holdings Sdn. Bhd.

Mesyuarat berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh tadbir urus pelaburan serta memastikan hala tuju pelaburan Kumpulan YPJ Holdings selaras dengan objektif strategik dan kepentingan jangka panjang organisasi.

Perbincangan memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan pelaburan dengan mengambil kira potensi pulangan, pengurusan risiko serta pematuhan terhadap dasar dan prosedur yang berkuat kuasa, bagi menyokong pertimbangan yang teliti dan keputusan yang berhemat.

Komitmen terhadap pengurusan pelaburan yang strategik, telus dan berakauntabiliti terus menjadi keutamaan dalam memacu pertumbuhan mampan serta menjana nilai jangka panjang kepada Kumpulan YPJ Holdings.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*