Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M yang menghimpunkan warga kerja Kumpulan YPJ Holdings telah diadakan pada 12 September 2026 di Kelab Alaf YPJ Plantations, Kota Tinggi, Johor.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Haji Farizal bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd.; Tuan Haji Mohd Fauzee bin Haji Tahir, Pengurus Besar Kewangan YPJ Holdings Sdn. Bhd.; serta Tuan Haji Mohd Aznawi bin Mohd Samin, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Plantations Sdn. Bhd. Kehadiran barisan pengurusan bersama warga kerja turut menyerikan majlis dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kumpulan YPJ Holdings.
Pengisian utama majlis ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zaini bin Haji Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru, selaku penceramah jemputan. Ceramah ini menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati akhlak dan perjuangan Baginda sebagai teladan dalam kehidupan.
Bertemakan “Bersama Mencintai Rasul, Membina Ummah”, sambutan ini turut memperkukuh penghayatan nilai amanah, ihsan dan tanggungjawab sebagai asas pembentukan sahsiah serta budaya kerja yang berintegriti.