Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026

Selamat menyambut Hari Pekerja 2026.

Pihak pengurusan serta warga kerja Kumpulan YPJ Holdings merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan semua dalam memastikan kelangsungan serta kecemerlangan organisasi.

Kejayaan dan kelangsungan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan, integriti dan semangat kerjasama seluruh tenaga kerja. Dalam menghadapi cabaran persekitaran yang semakin dinamik, setiap pekerja diseru untuk terus meningkatkan profesionalisme, memperkukuh disiplin serta mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi organisasi.

Semoga sambutan Hari Pekerja ini menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi dan iltizam untuk terus menyumbang ke arah kecemerlangan bersama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*