Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah YPJ Holdings Sdn. Bhd. yang Ke-60 – 2 April 2023

YAB Menteri Besar Johor selaku Pengerusi YPJ Holdings Sdn. Bhd., Datuk Onn Hafiz bin Ghazi telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah YPJ Holdings Sdn. Bhd. kali ke – 60 yang bertempat di Wisma YPJ Holdings.

Turut hadir bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Yang Berhormat Tuan Mohd Fared Mohd Khalid; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan & Komunikasi, Yang Berhormat Cik Norliza Noh; Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Amir bin Nasruddin; Pegawai Kewangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Salehuddin bin Haji Hassan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir; Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor, Tuan Haji Zulkifly Haji Mohd Tahir; Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd., Yang Berhormat Dato’ Haji Amran A. Rahman serta setiausaha syarikat dan pengurusan YPJ Holdings Sdn. Bhd.

https://ypjh.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*