Bisnes

Sektor Perladangan

Sektor perladangan merupakan aktiviti komersil utama YPJH. YPJ Plantations Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat YPJH yang bertanggungjawab menguruskan operasi perladangan. Syarikat ini mempunyai ladang yang berkeluasan sebanyak 24,108 ekar di Negeri Johor. YPJ Plantation juga memiliki beberapa anak-anak syarikat yang mempunyai ladang seluas 21,098 ekar iaitu 8,7872 ekar di Negeri Johor dan 12,349 ekar di luar negara, Indonesia. YPJ Plantations Sdn. Bhd. juga mempunyai sebuah kilang sawit berkapasiti 40 metrik tan / jam yang terletak di Ladang Alaf, Kota Tinggi, Johor.

Aktiviti penternakan diceburi sesuai dasar kerajaan menggalakkan pengeluaran sumber makanan yang dilancarkan pada tahun 1996. Di samping itu, penternakan integrasi dalam ladang ini juga dapat memaksimakan gunapakai tanah disamping menjimatkan kos merumpai. Penternakan integrasi dalam ladang ini tertumpu kepada ternakan Lembu, Kerbau dan Kambing. Ternakan integrasi ini juga terbuka untuk jualan. Selain itu, ternakan integrasi kerbau juga dijalankan dengan tujuan membantu mengangkut hasil sawit dalam ladang di samping bagi tujuan utama iaitu pengeluaran daging.

Hubungi Kami
YPJ Plantations Sdn. Bhd.
Alamat: KM 17, Jalan Kulai-Kota Tinggi ,81900 Kota Tinggi, Johor

Tel: 07-8978096   Fax: 07-8977980
https://www.facebook.com/ypjplantations/