Bisnes

Sektor Pembinaan

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik khusus buat penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. YPJH melalui anak syarikatnya, YPJ Builders telah dipersetujukan untuk membangunkan projek ini. Untuk maklumat lanjut mengenai projek ini sila layari www.ypjbuilders.com.my/v2.