Latar Belakang

YPJ Holdings Sdn. Bhd.

YPJ Holdings Sdn. Bhd. (YPJH) telah ditubuhkan pada 24 November 1993 dan adalah sebuah syarikat milik penuh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). YPJ telah ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Enakmen YPJ.

YPJ telah melaksanakan penstrukturan semula pada 1 Januari 1994, yang mana kesemua aktiviti pelaburan dan komersil telah dipindahkan kepada YPJH dalam bentuk pinjaman jangka panjang. YPJH bertanggungjawab untuk menjana dana bagi mengisi Tabung Kebajikan dan Pelajaran.

YPJH merupakan syarikat pemegang aset dan memiliki ekuiti dalam anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu. Kumpulan YPJH in menjalankan perniagaan merangkumi sektor perladangan, pembangunan dan pengurusan Hartanah serta perkhidmatan dan pengurusan syarikat di dalam dan luar negara.

Melalui Tabung Kebajikan dan Pelajaran YPJ, peluang pendidikan melalui pembiayaan biasiswa dan pinjaman pelajaran anak-anak Negeri Johor telah dapat dipertingkatkan.

YPJH berazam untuk terus menyumbang menjayakan agenda Pendidikan Negeri Johor dan dalam mentransformasikan Johor sebagai Johor Berkemahiran.

Visi Syarikat

Penjana Dana Pendidikan

Misi Syarikat

Menguruskan Aset Secara Profesional Dan Cekap Serta Mengembangkan Portfolio Perniagaan Demi Memenuhi Keperluan Pendidikan

Nilai Teras Syarikat

Integriti - Jujur dan Amanah berpegang kepada prinsip moral yang tinggi

Professional - Komited dan Bertanggungjawab mempamerkan mutu kerja dan tingkahlaku yang tinggi

Telus - Keterbukaan Informasi dan Komunikasi memupuk kepercayaan melalui perkongsian maklumat

Kerja Berpasukan - Berkerjasama dan Kekitaan saling melengkapi dan membantu mencapai kejayaan