Bisnes

Pembangunan Hartanah

Aktiviti pembangunan hartanah yang dijalankan oleh YPJH terdapat di seluruh negeri Johor. Ia termasuk projek pembangunan secara usahasama atau pegangan ekuiti seperti di Taman Molek, Taman Yayasan, Segamat, Taman Tampoi Utama, pangsapuri Persiaran Tanjung dan kondominium Dwi Mahkota dan Pusat Perdagangan Pontian.

YPJH juga memegang harta-harta sendiri yang mana kebanyakannya terdiri daripada bangunan pejabat, rumah-rumah kedai dan lot-lot kedai yang digunakan sendiri untuk kolej-kolej yang diusahakan oleh Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd. (KPYPJ) dan juga disewakan terutamanya kepada peniaga-peniaga bumiputera. Disamping pembangunan hartanah, YPJH juga terlibat dalam sektor pelancongan seperti bidang perhotelan dan pengurusan kelab dan padang golf. YPJH memiliki padang golf Orchard Golf and Country Resort di Kota Tinggi, Johor melalui syarikat YPJ Golf Resort. YPJH juga secara usahasama bersama JB Parade Sdn Bhd memiliki Hotel Thistle, Johor Bahru.