Sektor Perladangan

Sektor perladangan merupakan aktiviti komersil utama YPJH. YPJ Plantations Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat YPJH yang bertanggungjawab menguruskan operasi perladangan. Syarikat ini mempunyai ladang yang berkeluasan sebanyak 24,108 ekar di Negeri Johor.

Pembangunan Hartanah

Aktiviti pembangunan hartanah yang dijalankan oleh YPJH terdapat di seluruh negeri Johor. Ia termasuk projek pembangunan secara usahasama atau pegangan ekuiti seperti di Taman Molek, Taman Yayasan, Segamat, Taman Tampoi Utama, Pangsapuri Persiaran Tanjung dan Kondominium Dwi Mahkota dan Pusat Perdagangan Pontian.

Sektor Pembinaan

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik khusus buat penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. YPJH melalui anak syarikatnya, YPJ Builders telah dipersetujukan untuk membangunkan projek ini. 

Berita Terkini

Himpunan berita semasa dan terkini.

Sumbangan Bantuan Kepada Pusat Penempatan Sementara Melalui Southern Volunteers – 5 Mac 2023

YPJ Holdings Sdn. Bhd, dengan kerjasama Southern Volunteers telah menyumbang bantuan selimut bagi kegunaan mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir yang melanda Johor buat
Read More

Majlis Amanat Awal Tahun 2023 – 15 Januari 2023

Majlis Amanat Awal Tahun Ketua Pegawai Eksekutif tahun ini diadakan di Dewan Orchard Golf & Country Resort, Kota Tinggi, Johor dan dihadiri oleh
Read More

Lawatan Menteri Besar Johor ke Wisma YPJ Holdings – 16 Januari 2023

YPJ Holdings Sdn. Bhd. telah menerima kunjungan rasmi daripada YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz bin Ghazi sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan
Read More

Pembentangan Belanjawan Johor 2023 – 1 Disember 2022

YPJ Holdings telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Hab Skills Johor di mana akan menjadi hab kepada bidang penjagaan kesihatan, minyak dan gas, perkhidmatan &
Read More

Pautan Lain

Demi pendidikan anak-anak Johor