Kumpulan YPJ Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi buat mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Berhormat Dato’ Haji Amran A. Rahman yang bertempat di Meisan Szechuan Restaurant, Pheonix Hotel, Forest City, Johor Bahru. Turut hadir bersama keluarga dan sahabat handai Dato’ Haji Amran, En Khairul Hafiz bin Mohamad; Timbalan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor, Tn Hj Abdul ‘Alim bin Abd Shukor; Ketua Pegawai Eksekutif PIJ Holdings, Dato Halim Hasbullah, Hj Shukri Masbah, Hj Sidek Paiman, Hj Rashid Rahman, wakil pengurusan syarikat-syarikat usahasama serta pengurusan tertinggi dan wargakerja Kumpulan YPJ Holdings Sdn. Bhd.