Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Pelajaran Johor & YPJ Holdings Sdn Bhd – 16 Mei 2023

YPJ Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama badan induknya Yayasan Pelajaran Johor bertempat di Dewan Serbaguna JKR Daerah Johor Bahru.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor disamping isteri, Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif, Yang Berhormat Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan Yang Berhormat Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Johor.

Selain daripada itu, badan kerajaan yang lain dan rakan-rakan usahasama turut hadir memeriahkan majlis ini. Majlis yang dihadiri lebih 500 orang ini bermula seawal 11:00 pagi sehingga 3:00 petang.

https://ypjh.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*