YPJ Holdings Sdn. Bhd. menyatakan sokongan penuh terhadap kempen ‘Hentikan Buli, Buli Bukan Budaya Kita’. Kami menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang menegaskan bahawa budaya buli tidak boleh dibiarkan berakar dalam masyarakat.
Sebagai institusi yang prihatin, kami beriltizam memastikan YPJ Holdings menjadi persekitaran kerja yang selamat, kondusif, dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.
Marilah kita bersama-sama membentuk budaya hormat-menghormati dan saling menyokong demi kesejahteraan komuniti.