Bisnes

Perniagaan Utama

Sektor Perladangan

Sektor perladangan merupakan aktiviti komersil utama YPJH. YPJ Plantations Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat YPJH yang bertanggungjawab menguruskan operasi perladangan. Syarikat ini mempunyai ladang yang berkeluasan sebanyak 24,108 ekar di Negeri Johor.

Pembangunan Hartanah

Aktiviti pembangunan hartanah yang dijalankan oleh YPJH terdapat di seluruh negeri Johor. Ia termasuk projek pembangunan secara usahasama atau pegangan ekuiti seperti di Taman Molek, Taman Yayasan, Segamat, Taman Tampoi Utama, Pangsapuri Persiaran Tanjung dan Kondominium Dwi Mahkota dan Pusat Perdagangan Pontian.

Sektor Pembinaan

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik khusus buat penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. YPJH melalui anak syarikatnya, YPJ Builders telah dipersetujukan untuk membangunkan projek ini.