Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor Holdings Sdn. Bhd. (YPJH) kali ke-61 (No. 2/2023) telah diadakan di Wisma YPJ Holdings, Johor Bahru. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (YPJH).
Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah YPJH, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Yang Berhormat Norlizah Binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Amir Bin Nasruddin, Penasihat Undang- Undang Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Salehuddin Bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha Bin Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Tuan Haji Zulkifly Bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif YPJH bersama pegawai-pegawai tertinggi YPJH.
Anugerah Lama Berkhidmat juga telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kepada warga kerja yang telah lama berkhidmat bersama syarikat seramai 5 orang.